Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Dua bekas Menteri dan seorang bekas timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Wan Junaidi sahkan akan angkat sumpah Speaker Dewan Negara esok

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan pengerusi sementara Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.

Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas.

Ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Wan Junaidi berkhidmat dalam portfolio undang-undang bermula 2021 hingga 2022.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 hingga 2013.

Wan Junaidi sahkan akan angkat sumpah Speaker Dewan Negara esok

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak pula adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari 2018 hingga 2020 manakala Nur Jazlan pula pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2015 hingga 2018.

Dewan Negara bersidang selama enam hari bermula hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan