Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman. Foto: Media ADUN Tupong.

Projek tiang bendera tertinggi di Sarawak bukan ‘simbol kemewahan’ – Fazzrudin   

ByDayu Adruce

KUCHING, 2 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman menegaskan bahawa projek tiang bendera tertinggi di Sarawak bukan ‘simbol kemewahan’ seperti yang diperkatakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen baru-baru ini. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Chong bahawa projek tersebut merupakan usaha daripada sektor swasta sebagai projek Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR). 

“Tiada dana negeri yang digunakan untuk melaksanakan projek tersebut,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, projek bernilai RM30 juta itu turut merangkumi kemudahan lain berhampiran tiang bendera serta kompaunnya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman mempertahankan pembinaan tiang bendera ikonik di Kuching yang dipersoalkan pihak tertentu.Foto: Saibi Gi (TVS).

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak itu berkata, ia akan menjadi simbol kebanggaan bagi Sarawak, sebagai tarikan pelancong yang seterusnya akan memberi manfaat kepada peniaga kecil terutamanya penduduk kampung berhampiran. 

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa berpegang kepada konsep ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangannya.  

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak juga sentiasa mengekalkan keutamaannya untuk membangunkan infrastruktur di seluruh Sarawak. 

 “Ini termasuk berjuta-juta yang dibelanjakan untuk menyiapkan jambatan yang pada mulanya dibatalkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” ujarnya. 

Justeru itu, beliau menggesa supaya Chong dan DAP untuk sama-sama membangunkan Sarawak dan bukannya hanya tahu mengkritik usaha yang dilakukan kerajaan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan