Search
Close this search box.
Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah semasa temu bual eksklusif di Konti Sarawak FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam. Foto: TVS

Aktiviti menarik menanti warga Serian sempena ulang tahun ke-60 Sarawak Merdeka Sabtu ini

KUCHING, 5 Julai: Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka dalam Malaysia bakal diteruskan di Bahagian Serian bermula Sabtu ini melalui pelbagai pengisian progam tempatan menarik dianjurkan selama sembilan hari bermula 8 hingga 16 Julai ini di Serian Convention Centre.

Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah memaklumkan terdapat lebih 20 aktiviti akan diadakan untuk orang ramai sempena sambutan itu nanti.

“Lebih 20 aktiviti yang telah dirancang terbahagi kepada enam acara atau program. Acara pertama ialah perasmian projek rakyat yang akan dirasmikan Premier Sarawak kita pada 15 Julai nanti. Kita juga mengadakan pameran digital dan expo pendidikan.

“Selain itu, kita juga memberi peluang kepada penduduk tempatan di Bahagian Serian untuk terlibat dalam program keusahawanan. Kita juga merancang program derma darah, saringan kesihatan, pameran antidadah dan gaya hidup sihat,” katanya semasa temu bual eksklusif di Konti Sarawak FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.

Tambahnya, acara kemuncak ialah  Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang akan diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disertai Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Bahagian Serian.

“Konvoi Kembara Sarawak Merdeka adalah acara kemuncak sambutan ini, yang bakal diketuai Premier Sarawak.Kita juga menerima 170 peserta dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Bahagian Serian yang akan menyertai rombongan ini. Konvoi ini akan bermula di Serian Convention Centre dan akan singgah di Siburan New Township,” katanya lagi.

Untuk rekod, acara kemuncak Konvoi Kembara Sarawak Merdeka pada 15 Julai akan bermula dari daerah Siburan dan akan diakhiri di Bahagian Samarahan. Orang ramai dan penduduk setempat di Serian digalakkan untuk turut serta memeriahkan program itu nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan