Search
Close this search box.
Mangsa melakukan 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza. Foto hiasan: Envato

Pengurus acara diperdaya ‘Emma’, RM1.2 juta mungkin tinggal kenangan

BySaibi Gi

KUCHING, 26 Julai: Seorang pengurus acara sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM1.2 juta apabila terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu melakukan 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza antara 15 Mei hingga 13 Julai lepas.

“Sehingga kini, mangsa telah hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000. Mangsa sedar dirinya telah ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan komisyen seperti dijanjikan oleh suspek,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 14 Mei, mangsa ditawarkan satu tawaran kerja sambilan jual beli dalam talian oleh seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Emma dari Vietnam menerusi aplikasi Tinder.

Mangsa diberitahu akan mendapat pulangan 1.1 peratus jika mengikut kerja sambilan berkenaan dan juga akan mendapat komisyen jika barangan dapat dijual menerusi laman web.

“Mangsa juga telah berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan juga melalui Telegram. Mangsa diterangkan secara panggilan video mengenai kerja sambilan berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Azman menasihati orang ramai agar tidak mudah tertarik dan terpedaya dengan sesuatu tawaran kerja melalui media sosial yang menawarkan gaji lumayan serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti komisyen dan pulangan duit yang tinggi, bayaran kerja lebih masa dan sebagainya.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melayani panggilan telefon yang tidak dikenali.

“Selain itu, orang ramai turut disarankan agar tidak mudah panik atau cemas dan takut dengan sebarang dakwaan yang dibuat ke atas diri anda jika anda tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan