Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman menyerahkan geran kepada penerima. Foto: TVS

Geran MRP RM1.4 juta diagih kepada 60 penerima DUN Tupong

KUCHING, 12 Ogos: Sejumlah RM1.4 juta geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada 60 organisasi dan persatuan di kawasan DUN Tupong di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N6 Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata antara penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut beliau geran berkenaan merupakan sumbangan daripada kerajaan pada setiap tahun sebagai bantuan untuk organisasi atau persatuan selain penduduk yang memerlukan.

“Setiap tahun, setiap Ahli Parlimen diberikan peruntukan untuk diagihkan kepada kawasan masing-masing, sama ada dalam bentuk geran, projek dan juga dalam bentuk sumbangan yang diperlukan di kawasan tersebut.

 

Fazzrudin Abdul Rahman bergambar bersama penerima-penerima geran di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa. Foto: TVS

 

“Pusat Khidmat N6 Tupong telah mula mengagihkan geran-geran kepada penerima. Pada hari ini, kita telah mengagihkan RM 1.487 juta kepada penerima-penerima di sekitar kawasan Tupong.

“Penerimaannya dalam bentuk geran kepada NGO, persatuan-persatuan, surau, masjid, tepekong cina, dan gereja,” katanya.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Geran 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa pada Sabtu.

Pada masa sama, beliau mendedahkan setiap tahun sejumlah RM2 juta akan diperuntukkan untuk tujuanpemberian geran dan bantuan kepada masyarakat di kawasannya.

“Hasil peruntukan bantuan yang diberikan adalah bagi membiayai kos dan projek membantu membaik pulih rumah di kawasan N6 Tupong.

“Selain itu, kita ada peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu RM5 juta, khas untuk projek-projek.

“Maka, kami di pejabat ADUN N6 Tupong menyenaraikan projek dan beri kepada pejabat daerah berjumlah RM5 juta untuk mereka melaksanakan setiap tahun.

“Ia juga untuk baik pulih rumah orang miskin yang diperuntukkan oleh pejabat ADUN, iaitu sejuta setiap tahun dan kos pembaikiannya bernilai RM10 ribu hingga RM15 ribu untuk sebuah rumah,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB N6 Tupong, Dato Dr Zaiedi Suhaili, Naib Ketua Cawangan PBB N6 Tupong, Shahrazi Edwin Abdullah, dan Ketua Wanita Cawangan PBB N6 Tupong, Anita Mohammad. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan