Search
Close this search box.
Nikmati percutian sambil 'healing' dengan aktiviti unggun api sambil belajar dari pakar mengenai petua memerhati bintang. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

Alami Camping Extravaganza, acara santai ‘healing’ di Sumiran Eco Park & Resort

KUCHING, 21 Ogos: Jika anda sedang mencari tempat beriadah yang penuh dengan keseronokan dan pengembaraan di hujung minggu, Camping Extravaganza anjuran Sumiran Eco Park & Resort merupakan tempat dan aktiviti percutian yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga yang gemarkan aktiviti luar.

Camping Extravaganza anjuran Sumiran Eco Park & Resort merupakan pilihan percutian yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga atau rakan karib yang gemarkan aktiviti luar. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

Bakal menjadi acara pengembaraan yang menyeronokkan, Camping Extravaganza bakal diadakan dari 2 hingga 3 September ini.

Si kecil juga tidak terlepas untuk berseronok di Camping Extravaganza yang mempunyai pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

Menurut kenyataan Sumiran Eco Park & Resort, antara pengalaman yang bakal dinikmati para peserta ialah dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi yang menakjubkan daripada hutan rimbun yang serba hijau hingga ke pinggir tasik yang tenang.

“Setiap aktiviti yang diadakan akan adanya yang sesuai untuk semua peringkat umur seperti denai pengembaraan, flying fox, fotografi alam semula jadi dan cabaran membina pasukan.

Antara aktiviti yang diadakan sesuai untuk pelbagai peringkat umur seperti flying fox. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

“Pada malamnya, para peserta boleh bersantai dan berkawan dengan penggemar perkhemahan yang lain di keliling unggun api. Nikmati persembahan akustik secara langsung, tarian dan pertunjukan api daripada pasukan Sumiran,” jelas kenyataannya.

Luangkan masa dan reka kenangan baharu bersama yang tersayang di Camping Extravaganza. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk berkhemah sambil belajar dari pakar-pakar yang bakal mengajar pelbagai topik seperti pertolongan cemas, demonstrasi dron dan petua memerhati bintang.

Aktiviti santai yang boleh dibuat ialah menonton wayang pacak di keliling alam sekitar. Foto: Sumiran Eco Park & Resort

Turut hadir untuk menyerikan lagi acara itu ialah Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

Untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang Camping Extravaganza, lawati Sumiran Eco Park & Resort di halaman Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Untuk pertanyaan media, peluang penajaan acara atau vendor sila hubungi pengurus projek Sumiran Camp, Dorina Jima di talian 011-29070108 atau e-mel sumiran.camp@gmail.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan