Search
Close this search box.
Gambar hiasan

KKM ambil berat isu pelepasan sisa air dari loji nuklear di Jepun

KUCHING, 24 Julai: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengambil berat isu pelepasan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima, Daiichi Jepun.

Kenyataan KKM memaklumkan perkara itu susulan tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat bermula hari ini, 24 Ogos oleh pihak berkuasa Jepun.

Sehubungan itu, menurut KKM pihak kementerian akan mengenakan pemerikasaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari negara Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.

“Berdasarkan data KKM, dalam tempoh 2022 sehingga Jun 2023, produk makanan ikan dan hasilan ikan adalah di antara produk yang tertinggi diimport dari Jepun disusuli dengan produk buah-buahan, sayur-sayuran dan selebihnya adalah makanan dan minuman terproses dengan nilai keseluruhan iaitu RM 880,115,437,” menurut kenyataan hari ini.

KKM dalam pada itu berkata susulan insiden letupan loji nuklear akibat gempa bumi yang berlaku di Fukushima, pada 2011 lalu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan yang diimport dari Jepun bermula Mei 2011 sehingga April 2012. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan