Search
Close this search box.
Delegasi Kerajaan Sarawak berkunjung ke pusat penguji teknologi penangkapan karbon, Technology Centre Mongstad (TCM) untuk melihat teknologi yang digunakan oleh pihak berkenaan dalam sektor tersebut. Foto: TVS

Sarawak kaji protokol antarabangsa berhubung perdagangan karbon – Abang Johari

ByAmirah Shawel

BERGEN, 24 Ogos: Kerajaan Sarawak akan meneliti protokol antarabangsa berkaitan perdagangan karbon bagi memastikan dasar perdagangan karbon dapat dilaksanakan dengan baik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata setakat ini tiada pengkhususan yang jelas dalam hal import dan eksport karbon untuk disimpan di negeri ini.

Oleh itu, menurut beliau Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengendali minyak dan gas untuk mengkaji perkara mengenai pembangunan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

“Saya akan bertemu dengan pihak Shell di London (hari ini). Kita boleh bekerjasama dengan syarikat pengendali minyak untuk perkara melibatkan pembangunan CCS.

“Tiada protokol yang jelas dari segi eksport dan import karbon untuk disimpan di negeri kami,” katanya.

Abang Johari tinjau fasiliti penyimpanan karbon di Norway

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Hotel Norge, Norway, pada Rabu.

Terdahulu, Abang Johari telah mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Norway untuk lawatan kerja ke fasiliti CCS di sini dan Oslo selama dua hari, termasuk fasiliti CCS Northern Lights.

Beliau dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan Shell di London, untuk lawatan kerjanya di Eropah bagi membincangkan pembangunan CCS.

Abang Johari tinjau fasiliti penyimpanan karbon di Norway

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pemain industri terutamanya dari Norway yang berminat untuk membuka fasiliti CCS di Bumi Kenyalang.

“Mungkin anda boleh ke Sarawak dan membina fasiliti di sana bersama-sama dengan kami, sekurang-kurangnya pada dasar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan