Search
Close this search box.
Poster rasmi Padawan Raft International Edition 2023

Pendaftaran Padawan Raft Safari Edisi Antarabangsa 2023 kini dibuka

ByAdlina Rahman

KUCHING, 1 Sept: Tahun ini Padawan Raft Safari 2023 edisi antarabangsa kembali pada 22 Oktober depan serta mengalu-alukan penyertaan daripada penggemar sukan lasak di sungai itu dari seluruh dunia.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Cr. Tan Kai berkata pendaftaran pertandingan unik itu kini dibuka menerusi laman web rasmi di padawanraft.com.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan peserta dari seluruh dunia untuk merasai keindahan unik Padawan melalui edisi antarabangsa Padawan Raft Safari.

“Acara ini bukan sahaja mempamerkan landskap kami yang menakjubkan tetapi juga merangkumi semangat perpaduan dan setiakawan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tan Kai memberitahu pertandingan tahunan itu turut mendapat sokongan positif daripada kementerian pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan (MTCP).

Padawan Raft Safari merupakan usaha majlis perbandaran Padawan mempromosikan penglibatan komuniti, persaingan sihat, dan hubungan yang lebih mendalam dengan alam semula jadi melalui pelbagai kategori yang memenuhi tahap kemahiran yang berbeza. Padawan Raft Safari mengalu-alukan peserta dari semua lapisan masyarakat untuk merasai keseronokan berakit buluh dalam suasana antarabangsa.

Tahun lalu, Padawan Raft Safari edisi ke-18 telah menerima penyertaan kira-kira 100 orang yang dilihat sebagai penerimaan positif daripada orang ramai.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Open, Kayak, Hotel and Tour, Women’s Open, serta Government Agencies yang dibuka kepada peserta yang berminat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found