Search
Close this search box.
Indonesia selaku Pengerusi ASEAN 2023 menjadi penganjur latihan pertama angkatan tentera negara ASEAN di perairan paling selatan Laut China Selatan. Foto David Andreas (TVS)

ASEAN laksana latihan ketenteraan di perairan selatan Laut China Selatan

JAKARTA, 11 Sept: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Yudo Margono mengesahkan latihan ketenteraan bersama kali pertama oleh pasukan tentera laut negara ASEAN akan bermula bulan ini.

Yudo berkata, latihan dinamakan ASEX 01 – Natuna akan disertai oleh angkatan tentera 11 negara anggota bermula 19 hingga 23 September 2023 di Selat Lampa dan Pulau Sabang Mawang yang terletak di perairan Natuna.

Kata beliau, kawasan latihan itu juga berada di perairan paling selatan Laut China Selatan serta berhampiran Barat Laut Kuching, Sarawak, Malaysia.

“Segala persiapan ASEX 01-Natuna telah dipersetujui termasuk penglibatan krew dan aset serta memuktamadkan jadual latihan dan lokasi,” katanya.

Pada masa sama beliau mengesahkan latihan itu akan turut dihadiri semua panglima tentera negara anggota ASEAN.

“Sebelum ini kita tidak pernah menganjurkan latihan bersama dan seperti dipersetujui perlaksanaannya bertujuan ke arah pemusatan ASEAN,” katanya.

Sementara itu, beliau mengakui latihan ketenteraan ‘perpaduan’ itu dilakukan setelah mengambil kira situasi ketidaktentuan yang semakin meningkat di rantau ini.

“ASEAN sentiasa mengutamakan keselamatan, wilayah yang aman dan stabil serta bebas daripada segala bentuk ancaman dan campur tangan yang mengancam kedaulatan rantau ini dan juga mengukuhkan ASEAN,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan