Search
Close this search box.
Menteri KWPK, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama-sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Noriah Ahmad dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah menyertai program Pertukaran Antara Wilayah Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF Asia Timur-Eropah: Dialog Dasar pada 4 hingga 9 September baru-baru ini. Foto: KPWK

Sarawak ke arah penubuhan Majlis Belia Bandar Mesra Kanak-Kanak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 14 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak sedang bergerak ke arah penubuhan Majlis Belia Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) sebagai perantara untuk kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 19 tahun.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, idea itu tercetus selepas menghadiri Program Pertukaran Antara Wilayah Bandar Mesra Kanak – Kanak, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Asia Timur – Eropah di Madrid, Sepanyol dan tiga bandar di Finland iaitu Helsinki, Hameenlinna dan Vantaa.

Ujar beliau, penubuhan Majlis Belia CFCI di negara berkenaan terbukti berkesan bagi membantu dan memenuhi keperluan melaksanakan inisiatif CFCI dengan sokongan majlis perbandaran tempatan.

“Di Sarawak terdapat lima majlis bandaraya yang akan bergerak ke arah menjadi bandaraya mesra kanak-kanak di bawah CFCI UNICEF dengan kerjasama kementerian saya.

“(Ini) bukan sahaja dapat mencapai inisiatif CFCI untuk mendengar suara setiap golongan umur malah dapat memenuhi keperluan dalam mencipta dan membina infrastruktur dan kemudahan yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak yang dikenal pasti terlibat menjayakan inisiatif itu ialah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Berkenaan program yang dihadirinya, Fatimah memaklumkan delegasi Sarawak turut terlibat dengan dialog dasar di Madrid, Sepanyol.

“Kita juga menyertai lawatan sambil belajar ke bandar CFCI di Sepanyol dan Finland pada 4 dan 5 September lepas,” katanya.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Vietnam, China, Filipina, Austria, Finland, Jerman, Iceland, Poland, Sepanyol dan Switzerland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan