Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) memotong kek sempena meraikan ulang tahun ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah disaksikan yang lain. Foto: UKAS

Abang Johari diberi peluang sampai taklimat mengenai pendekatan ekonomi baharu Sarawak

SIBU, 18 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan beliau telah diberi peluang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan taklimat kepada Ahli Parlimen dan Jemaah Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengenai ekonomi baharu yang diguna pakai oleh Sarawak.

Beliau berkata, Anwar telah membuat permintaan itu sebelum Kabinet Persekutuan mengadakan mesyuaratnya di Sekretariat Kerajaan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Sabtu.

“Anda tahu apa yang berlaku semalam?” Dia meminta saya memberi ‘ceramah’ kepada semua menteri dalam Kabinet Persekutuan sebelum mereka memulakan mesyuarat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Meraikan Ulang Tahun Ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Menurutnya, Perdana Menteri telah meminta beliau memberikan ceramah selama 30 minit untuk ‘mengajar’ mereka bagaimana kemakmuran hidup di Sarawak dan bagaimana membangunkan negeri ini, khususnya mengenai ekonomi baharu.

Abang Johari berkata, beliau amat merendah diri dengan permintaan daripada Perdana Menteri itu, selain menyatakan hidrogen dan ekonomi hijau adalah suatu yang baharu bagi mereka.

“Sekarang, mereka mengikut kita. Kita tidak mengikut mereka,” katanya.

Beliau menegaskan dunia sedang menghadapi banyak cabaran, salah satunya ialah perubahan iklim.

Jelasnya, kenaikan suhu telah menjejaskan seluruh dunia, termasuk China, Timur Tengah, Eropah dan Malaysia, sambil menyatakan bahawa Julai lalu adalah antara bulan paling panas pernah direkodkan dalam sejarah kebelakangan ini.

“Sarawak, saya memberitahu mereka (Kabinet Persekutuan), sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Abang Johari berkata, Sarawak telah bermula dengan menghasilkan hidrogen sebagai bahan api terbaik masa depan.

“Kami mendapat hidrogen kami dengan membelah air melalui proses elektroliser.

“Kami mempunyai bas yang dikuasakan oleh hidrogen dan kami sedang menguji kenderaan ART  yang dibawa dari China ke Kuching, menggunakan hidrogen,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan berada di Kuching untuk sambutan Hari Malaysia bagi menandakan 60 tahun pembentukan Malaysia, mereka menggunakan kesempatan itu untuk mengadakan Mesyuarat Kabinet Persekutuan memandangkan semua menteri persekutuan berada di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan