Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika melawat kediaman Zakaria Abdullah yang dibina di bawah Program Inisiatif Perumahan JHEV ATM di Kampung Tanjung Bowang, Singai di Bau pada Khamis. Foto:TVS

44 buah rumah veteran tentera siap tahun ini

KUCHING, 21 Sept: Sebanyak 44 buah rumah di bawah Program Inisiatif Perumahan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka siap dibina tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kesemua kos pembinaan rumah terbabit berjumlah lebih RM5 juta dengan struktur pembinaan berkonsepkan model rumah baharu.

“Tahun ini telah diluluskan sebanyak 44 pembinaan rumah model baharu yang merupakan sebahagian daripada pembiayaan JHEV ATM dan sebahagian daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Kos pembinaan bagi sebuah rumah di semenanjung adalah RM85,000 manakala Sarawak dan Sabah adalah RM95,000.

“Tahun ini sasaran sebenarnya sudah melebihi 40. Sebahagian daripada 44 masih dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penyerahan sebuah rumah program inisiatif perumahan JHEV ATM di Kampung Tanjung Bowang, Singai, Bau, di sini hari ini.

Sementara itu Adly memaklumkan sebanyak 200 buah rumah bekas ATM telah berjaya dibaik pulih setakat ini.

Tegasnya, Kementerian Pertahanan akan terus komited untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan bagi memastikan tanggungjawab terhadap lima aspek iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan aspek kerjaya kedua dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kita harap dapat mempertingkatkan lagi bilangan penerima veteran yang memerlukan rumah terutamanya anggota tentera di Sarawak kerana mereka antara yang banyak menyumbang kepada aspek pertahanan dan kedaulatan,” katanya.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan