Search
Close this search box.
Gandingan Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Mohd Fishol menghadiahkan pingat gangsa dalam acara boling beregu lelaki di Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, pada Khamis. Foto: Bowling Malaysia (FB)

Syafiq Ridhwan, Ahmad Muaz sumbang gangsa di Kejohanan Boling Dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Gandingan Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Mohd Fishol menghadiahkan pingat gangsa dalam acara boling beregu lelaki di Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, pada Khamis.

Pada aksi separuh akhir berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club, pemain negara tewas kepada Kim Kyung Min-Kim Dong Hyeon dari Korea Selatan 0-2.

Kedua-dua mereka mencatatkan 222 jatuhan pin berbanding 233 pada perlawanan pertama, diikuti 207 jatuhan pin berbanding 238 oleh wakil Korea Selatan pada perlawanan kedua.

Pada Isnin lepas, kem boling negara berjaya mengumpul satu emas dan satu perak menerusi Natasha Mohamed Roslan yang menewaskan rakan senegara Sin Li Jane dalam acara individu akhir wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan