Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa pada sidang media di Bukit Aman hari ini.Foto Bernama.

Lebih 200 warga asing ditahan dalam serbuan di enam pusat hiburan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Polis menahan 207 warga asing dalam serbuan di enam pusat hiburan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sejak Khamis lepas hingga semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata serbuan empat premis di Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wangi di sini, semalam mendedahkan aktiviti pusat hiburan yang “dikuasai” warga asing.

Menurutnya, seramai 38 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan ditahan di empat premis itu yang beroperasi sejak tiga bulan hingga satu tahun.

“Pemeriksaan mendapati pengurus, penolong pengurus dan pekerja di pusat hiburan terbabit adalah warga Bangladesh dan majoriti pelanggan juga adalah warga Bangladesh, serta 10 orang warga tempatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru pada 12 Oktober lepas, seramai 96 warga asing ditahan.

Rusdi berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada wanita warga Thailand, Laos dan Vietnam berusia 19 hingga 51 tahun.

Dalam serbuan di Serdang, Selangor pada Sabtu lepas, seramai 73 warga asing berusia 20 hingga 44 tahun yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan.

“Siasatan mendapati premis hiburan berkonsepkan pub terbuka dan pusat karaoke yang menawarkan bilik bermula dari RM800 hingga RM2,000 dan pakej untuk GRO adalah RM100 untuk satu jam seorang serta bayaran tips kalung bunga bermula RM50 hingga RM500.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan positif dadah jenis ketamin dan kita turut menahan dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai bouncer (pengawal premis) disyaki terlibat dengan elemen pertubuhan kongsi gelap,” katanya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(C) akta sama, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan