Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir sidang media Sarawak Safari Challenge di KCGC Innovation Hub, Level 7, Wisma Chinese Chamber. Foto: TVS

Sematan dipromosi sebagai lokasi pelancongan sukan dan rekreasi – Abdul Karim

KUCHING, 16 Okt: Kerajaan Sarawak terus giat mempromosikan Sematan dan kawasan sekitarnya sebagai destinasi pelancongan sukan dan rekreasi yang menarik, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, ini termasuk menerusi penganjuran The Sarawak Adventure Challenge yang memasuki edisi ketujuh.

Industri pelancongan Sarawak kembali memberangsangkan – Abdul Karim

Pada masa sama, Abdul Karim berkata, The Borneo Outdoor Festival yang akan turut dilangsungkan juga diyakini mampu menawarkan kepelbagaian produk pelancongan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Keseluruhannya terdapat 18 pemain industri untuk aktiviti luar dan sukan lasak, mereka membantu termasuk melakukan demonstrasi dan menyediakan maklumat berkenaan dengan peralatan, kemahiran dan aktiviti luar yang terkini.

“Penyertaan terbuka kepada orang ramai. Tiada yuran kemasukan dikenakan.

Industri pelancongan Sarawak kembali memberangsangkan – Abdul Karim

“Bagi bengkel pula, antara topik yang akan dibincangkan termasuk penyelengaraan peralatan untuk sukan lasak, kemahiran berkhemah, fotografi luar, nutrisi, latihan dan potensi sukan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sarawak Safari Challenge di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting .

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, acara yang akan berlangsung selama dua hari itu menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Industri pelancongan Sarawak kembali memberangsangkan – Abdul Karim

The Sarawak Adventure Challenge 7.0 dan The Borneo Outdoor Festival akan diadakan di Kem Pueh Sematan pada 27 hingga 29 Oktober depan.

Lebih 1,000 penyertaan diterima penganjur untuk The Borneo Outdoor Festival setakat ini.

Bagi The Sarawak Adventure Challenge 7.0 pula, seramai 300 peserta dari Singapura, Brunei dan Indonesia telah mengesahkan kehadiran mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan