Search
Close this search box.
Kilat Boy dan Dato Rahman Lariwoo bersama pasukan ke Bangkok pada sesi penyerahan bendera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. Foto: TVS

Misi bermula, Kilat Boy tekad bawa balik kejuaraan tinju di Bangkok

KUCHING, 24 Okt: Latihan intensif sejak sekian lama merupakan bekalan bernilai buat peninju negara, Kilat Boy, dalam misi merangkul tali pinggang dalam kategori Bantamweight, Kejohanan Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Bangkok pada 26 Oktober ini.

Kilat Boy atau nama sebenar, Daeloniel McDelon Bong, 24, kelahiran Sri Aman berkata beliau akan menggunakan taktikal yang ditetapkan jurulatihnya.

“Saya akan melakukan yang terbaik kerana saya telah membuat persiapan secukupnya selama dua bulan ini bagi membawa pulang kejayaaan kepada Sarawak,” katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berangkat ke Thailand, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima bendera Malaysia, Sarawak dan Persatuan Tinju Negeri Sarawak diserahkan Presiden Tinju Negeri Sarawak Dato Rahman Lariwoo.

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Tinju Sarawak, Gulbudin Rahman berkata, dengan latihan dan persiapan taktikal, beliau berharap Kilat Boy dapat membawa balik kemenangan.

“Saya berharap Kilat Boy akan membawa gelaran ABF ke Bumi Kenyalang ini. Sekiranya rezeki berpihak kepadanya, beliau akan menjadi pentinju pertama dari Sarawak yang akan membawa pulang gelaran ABF ini.

“Harapan saya begitu tinggi dan saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepadanya kerana persiapan yang cukup dan konsisten sudah dilakukan daripada segi latihan, pemakanan dan sebagainya. Saya berharap segalanya akan membuahkan hasil untuk seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Rahman berkata, beliau berharap keberangkatan dan pasukan Kilat Boy yang mewakili Sarawak akan menjadi pendorong untuk atlet petinju yang lain untuk meneruskan perjuangan tinju profesional di Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berasa bersyukur kerana Sarawak mampu melahirkan seorang peninju profesional seperti Kilat Boy. Kami akan berusaha untuk memberi semangat kepada petinju-petinju muda agar dapat mengikut jejak langkah Kilat Boy.

“Harapan saya semoga Kilat Boy dapat melepasi halangan pertama untuk membawa balik tali pinggang ABF yang telah lama kita impikan bagi membawanya pulang ke Bumi Kenyalang serta dapat meningkatkan keyakinan Kilat Boy untuk terus mara ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan