Search
Close this search box.
Polis Kanada menemui lima orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam insiden tembakan di dua kediaman di Ottawa. Foto hiasan: Envato

Lima maut termasuk tiga kanak-kanak dalam insiden tembakan di Kanada

ByAFP

OTTAWA, 25 Okt: Polis Kanada menemui lima orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam insiden tembakan di dua kediaman di bandar sempadan.

Mangsa-mangsa ditemui pada malam Isnin di Sault Ste. Marie, Ontario, berhampiran tiga Tasik Besar yang bersempadan dengan Michigan kira-kira 700 kilometer utara Toronto, selepas polis menerima laporan tentang pecah masuk.

“Seorang lelaki berumur 41 tahun ditemui mati akibat tembakan di kediaman pertama. Penembak itu melarikan diri sebelum polis tiba,” kata kenyataan itu.

Sepuluh minit kemudian, panggilan kecemasan yang diterima oleh polis di rumah lain yang jaraknya hanya 3.7 kilometer.

Di kawasan berkenaan, mereka menemui tiga orang kanak-kanak yang meninggal dunia berumur enam, tujuh, dan 12 tahun, serta penembak yang didakwa meninggal dunia akibat menembak diri sendiri.

Mangsa lain, berumur 45 tahun, ditemui cedera akibat tembakan dan telah dihantar ke hospital.

“Ini adalah satu tragedi yang sukar nak diperkatakan,” kata Mayor Matthew Shoemaker menerusi X.

Dalam pada itu, Menteri Keselamatan Awam Persekutuan, Dominic LeBlanc, menyifatkannya sebagai tragedi yang mengerikan.

“Ia mengingatkan kita bahawa kita semua mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan berkaitan dengan jenis-jenis jenayah ini,” tambahnya.

Menurut data kerajaan, jenayah senjata api di Kanada berkurangan dari 2020 ke 2021, menyumbang kepada sebahagian kecil daripada semua jenayah keganasan. Tetapi insiden tembakan meningkat berbanding satu dekad yang lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan