Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media di majlis Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pengangkutan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Malaysian Aviation Group (MAG). Foto: TVS

Premier Sarawak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Kita (orang Sarawak) memang amat taat kepada Raja dan menjunjung pelantikan Sultan Johor sebagai agong,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Abang Johari dalam pada itu, juga mempelawa baginda untuk untuk menziarah Sarawak dalam siri jelajah Kembara Borneo.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah sebagai yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 31 Jan tahun depan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada Jumaat.

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan