Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media sempena Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIMFA4) kali ke- 4 di Bangunan Baitulmakmur 2 hari ini. Foto: TVS

SIFMA4 kembali, pada 2-3 Disember 2023 di DUN Sarawak

KUCHING, 27 Okt: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA4) kali ke-4 bakal kembali pada 2 dan 3 Disember ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SIFMA4 kali ini menjadi platform hiburan untuk rakyat Sarawak sekali gus pada masa sama membangunkan industri persembahan seni di negeri ini.

“Pihak saya telah mencuba sedaya-upaya untuk membawa masuk seramai mungkin artis di mana kami mahu membawa rakyat Sarawak untuk membangunkan seni, muzik dan seni persembahan di negeri ini,” katanya pada sidang media sempena Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIMFA4) kali ke- 4 di Bangunan Baitulmakmur 2 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, SIFMA4 kali ini akan melibatkan artis dari luar negara seperti Thailand, Filipina, India, Indonesia dan Singapura serta penglibatan artis tempatan iaitu dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Kami melakukan semua ini kerana ingin mewujudkan minat dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, SIFMA4 tahun ini memberi tumpuan kepada bakat baharu di Sarawak selain menjadikan Sarawak sebagai destinasi menarik untuk orang ramai dari seluruh dunia.

Pembelian tiket SIFMA4 akan dibuka pada 7 November ini di www.sifma.my dan IMH Music House Sdn Bhd.

Turut hadir, Timbalan Menteri MTCP, Datuk Snowdan Lawan, Pengerusi SIFMA4, Dr. Geraldine Law-Lee dan Setiausaha Tetap MTCP, Datu Sherrina Hussaini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan