Search
Close this search box.
Hasbi (tiga kiri) menyerahkan MyLesen kepada penerima OKU (kategori bisu) Muhd Amir Lasim disaksikan Sulaiman (dua kiri), Norizan dan Abang Aien (kanan). Foto: TVS

Ada yang tolak MyLesen B2 kerana anggap ia ‘scam’ – Hasbi

LIMBANG, 29 Okt: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan terdapat pemohon program MyLesen B2 yang menganggap program berkenaan sebagai penipuan memandangkan ia dilaksanakan secara percuma.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika mendedahkan perkara itu berkata, terdapat penerima yang juga golongan B40 menolak permohonan MyLesen kerana takut menjadi mangsa ‘scammer’.

Penerima My Lesen ceria selepas menerima lesen masing-masing. Foto: TVS

Justeru, beliau meminta pihak JPJ Sarawak serta Limbang untuk membuat tindakan susulan dengan memberi penerangan lanjut mengenai program itu.

“Mereka tidak percaya inisiatif ini dilaksanakan secara percuma.

“Kalau boleh saya juga minta agar JPJ membuat tindakan susulan, mungkin mereka itu berhati-hati kerana takut menjadi mangsa scam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu My Lesen B2, E Kasih dan Penerima Bantuan Kerajaan B40 di Dewan Bunga Raya hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Ketua Cawangan JPJ Limbang Abang Aien Abang Bolhil.

Sementara itu, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, selain menganggap MyLesen sebagai ‘scammer’, ada dalam kalangan penerima yang menolak bantuan MyLesen atas faktor tidak berminat, sakit, mengandung dan tidak mempunyai pengangkutan untuk menyertai bantuan itu.

Katanya seramai seramai 35 penerima di Limbang menerima bantuan MyLesen B2 sempena program hari ini dan keseluruhan inisiatif berkenaan memanfaatkan sebanyak 946 penerima di daerah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan