Search
Close this search box.
Sidang Parlimen dimaklumkan Kementerian Pertahanan akan memanfaatkan veteran ATM untuk pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Foto kredit,Hermi Maulana.

Parlimen: Pengalaman veteran ATM bantu laksana PLKN

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kementerian Pertahanan akan memanfaatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam bidang ketenteraan.

“Selain itu (mereka) memiliki kemahiran khusus dalam bidang tertentu yang boleh dikongsikan (bersama peserta PLKN) semasa program itu berlangsung,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (Pakatan Harapan-Batu Pahat) pada Sidang Parlimen hari ini.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 namun akan menggunakan kaedah latihan berbeza.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  antara pebezaannya, peserta PLKN akan menjalani latihan di  13 kem tentera Wataniah untuk latihan selama 45 hari.

Sementara itu, Adly menambah, pengalaman dimiliki veteran ATM juga boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan aktiviti bersesuai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan