Search
Close this search box.
Pemandangan luar Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan gerakan Palestin Hamas. Foto: AFP

Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 15 Nov: Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.

Ketua unit kebakaran Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Ahmad Mikhallalati berkata kereta kebal dan jentolak Israel kini berada di kompleks itu, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Al Jazeera.

Terdahulu, tentera Israel berkata pihaknya melancarkan satu operasi ketenteraan di “bahagian tertentu” di Kompleks Perubatan Al-Shifa.

Pengumuman itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan di Gaza berkata tentera penceroboh secara rasmi memaklumkan pentadbiran kompleks perubatan itu mengenai niatnya untuk menyerbu hospital berkenaan pada Selasa malam.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila dalam kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita WAFA berkata tentera Israel bertanggungjawab ke atas nyawa kakitangan perubatan, pesakit dan orang awam yang mencari perlindungan di kompleks Al-Shifa.

Al-Kaila juga memberi amaran mengenai risiko kematian terhadap pesakit dan kakitangan perubatan jika tentera penceroboh terus menyerbu Kompleks Perubatan Al-Shifa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan