Search
Close this search box.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat membangunkan usahawan desa dalam kategori PICO untuk beralih kepada kategori NANO dan MIKRO. Foto hiasan, Envato.

DUN: 10,905 usahawan Sarawak terima bantuan Bizfund

KUCHING, 21 Nov: Seramai 10,905 usahawan di Sarawak menerima bantuan untuk meningkat perniagaan mereka daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Malcolm Mussen Limoh berkata, sokongan itu menerusi Dana Pemerkasaan Perniagaan Pemulihan (Bizfund) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM17.6 juta.

“Bizfund merupakan bantuan kewangan untuk membantu persatuan perniagaan di Sarawak melaksanakan program pembangunan kapasiti dan penambahbaikan perniagaan ahli-ahlinya,” katanya.

Malcolm Mussen berkata demikian ketika menjawab soalan Safiee Ahmad (Gabungan Parti Sarawak – Daro) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Malcolm Mussen turut memaklumkan seramai 130 usahawan di Daro telah menerima manfaat daripada pelbagai bantuan keusahawanan berjumlah RM5.2 juta.

“Antaranya termasuk menerusi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) yang melibatkan 95 penerima dengan nilai keseluruhan RM2.97 juta.

“Selain itu, Skim Pembiayaan Perniagaan Kontrak Ekspress dan Pembiayaan Perniagaan Usahawan Teknikal oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula yang melibatkan 11 penerima dengan nilai keseluruhan RM1.72 juta,” ujarnya.

Tambah Malcolm Mussen, antara program lain termasuklah Skim Pembiayaan TEKUN Nasional yang membabitkan lima penerima dengan nilai keseluruhan RM200,000 manakala Program Go Digital pula memanfaatkan tujuh penerima dengan jumlah yang disalurkan sebanyak RM70,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS