Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Foto: TVS.

DUN: Taman Pertanian Sungai Baji dijangka memulakan operasi 2024

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 28 Nov: Pembangunan kemudahan pertanian di Sungai Baji Agropark di Sarikei telah selesai dan dijangka akan memulakan operasi pada suku pertama pada 2024, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah itu menyatakan bahawa taman itu yang direka dengan sistem pertanian moden terdiri daripada kemudahan rumah hijau dan ruang pertanian terbuka demi menghasilkan tanaman makanan bernilai tinggi, 

“Bagi tujuh ‘Agropark’ lain iaitu Bebuling dan Lubok Tamang di Betong; Asajaya dan Gedong-Semelatong di Samarahan; Simanggang, Sri Aman; Dalat, Mukah; dan Mulu, Miri, ia masih dalam peringkat pelaksanaan,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak  di sini, hari ini.

Dr Rundi juga menyentuh mengenai ‘Precision Farming Park’, di mana ia merupakan inisiatif yang baharu diperkenalkan  kementeriannya bagi memperluaskan lagi kawasan produksi agro-makanan.

“Taman ini merupakan kelompok rumah hijau berteknologi tinggi yang akan ditawarkan kepada ‘Agropreneur’ serta sektor swasta sebagai syarikat asas untuk menanam tanaman bernilai tinggi seperti cili, halia, tomato, dan ‘Golden Melon’.

“Kawasan pengeluaran makanan berskala komersial ini akan dilengkapi dengan kemudahan pertanian yang tepat dan moden,” ujarnya.

Beliau menambah, sehingga kini, dua taman seumpama itu telah diluluskan dan akan dibina di Sungai Sebiew, Bintulu dan Kabuloh, Miri.

“Jumlah peruntukan sebanyak RM60 juta di bawah Pembiayaan Alternatif telah diluluskan untuk projek ini. Kedua-dua projek ini berada dalam peringkat perancangan terakhir dan pembinaan akan mengambil masa 18 bulan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan