Search
Close this search box.
Awla Idris mendengar penerangan tentang air ditapis menggunakan mesin Al-Jazari NR10K oleh Pengarah Urusan RAF Teknologies Dr Ahmad Fuad Shahrudin. Foto: TVS

Mesin air berteknologi tinggi Al-Jazari NR10K tingkatkan bekalan air bersih di luar bandar

SIMUNJAN, 30 Nov: Projek kajian rintis mesin air berteknologi tinggi Al-Jazari NR10K adalah satu platform untuk meningkatkan bekalan air bersih di kawasan luar bandar.

Mesin tersebut berfungsi sebagai penapis air buatan RAF Techologies Sendirian Berhad dengan kolaborasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mula dilakukan penyelidikan sejak Jun 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Idris berkata masyarakat Simunjan bertuah kerana dipilih sebagai lokasi pertama tapak projek kajian rintis mesin air berteknologi tinggi Al-Jazari NR10K.

“Saya melihat projek ini adalah berimpak positif kepada penduduk di luar bandar dimana mereka susah untuk mendapatkan bekalan air bersih dan saya sendiri telah merasa air diproses itu memang rasa minum air mineral,” katanya.

“Saya melihat projek ini berimpak positif kepada penduduk di luar bandar kerana mereka susah untuk mendapatkan bekalan air bersih dan saya sendiri telah merasa air diproses itu memang rasa minum air mineral,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Sistem Rawatan Air Berteknologi Tinggi Kerjasama UNIMAS dan RAF Techologies Sendirian Berhad di sini, hari ini.

Katanya, pengguna di Simunjan memperoleh manfaat daripada penggunaan teknologi yang membekalkan sumber air bersih dan berkualiti tinggi seperti air mineral.

Justeru, beliau mencadangkan agar mesin lebih besar ditempatkan di kawasan penduduk yang lebih ramai agar ia mampu menampung keperluan jumlah penduduk.

“Mereka boleh membuat besar lagi mesin itu kerana ia bergantung dengan jumlah penduduk,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan