Search
Close this search box.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri) dan Dr Zulkifli Hasan yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Foto: Bernama & Website Zulkifli Hasan

Amir Hamzah, Zulkifli angkat sumpah Ahli Dewan Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan Amir Hamzah dan Zulkifli yang berkuat kuasa 12 Dis 2023 hingga 11 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari keenam sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 menyarankan agar menteri yang dilantik dalam kalangan senator turut berperanan menjadi juara terbaik membela dan menegapkan institusi Senat sebagai the upper house iaitu badan legislatif tertinggi di negara.

Beliau turut mengingatkan bahawa Perkara 49(3) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan