Search
Close this search box.
Seramai sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Mynamar gagal menceroboh sempadan negara selepas ditahan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam hari ini. Foto: 2 Divisyen

Tentera tahan 9 warga Myanmar cuba ceroboh sempadan negara

BUKIT KAYU HITAM, 26 Dis: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di sini hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan pada pukul 8.17 pagi di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Ujarnya, kumpulan lima lelaki dan empat wanita terbabit dikesan di kawasan kebun getah dalam keadaan mencurigakan ketika pasukan beroperasi sedang melaksanakan rondaan jalan kaki.

“Mereka yang berusia antara 18 hingga 36 tahun didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba masuk ke negara ini melalui laluan haram di sempadan.

“Pasukan operasi turut merampas lapan buah telefon bimbit serta wang tunai dalam matawang Malaysia dan Myanmar dengan anggaran nilai RM5,096.10,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua PATI terbabit kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan