Search
Close this search box.
Tiada varian baharu COVID-19 dikesan di Malaysia setakat ini. Foto hiasan Envato

COVID-19: Tiada varian baharu dikesan di Malaysia

KUCHING, 29 Dis: Tiada varian baharu COVID-19 dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1. Subvarian Omicron yang sedang menular.

Varian itu tidak menyebabkan kes yang lebih teruk.

“Keadaan COVID-19 di negara adalah terus terkawal. Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Untuk Minggu Epidemik ke- 51 (17 – 23 Disember), kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus.

“Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah,” jelasnya.

Virus COVID-19 akan terus berada bersama kita sama seperti virus salur pernafasan yang lain seperti influenza.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan keseimbangan dari segi kesihatan dan kehidupan  semasa musim peningkatan kes-kes jangkitan berjangkit.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

Beliau turut menggalakkan kumpulan rentan seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah agar memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menggunakan pengangkutan awam.

Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan tanggungjawab penjagaan kendiri (pemakaian pelitup muka di situasi yang memerlukan, melakukan TRIIS dan kemaskini status pada MySejahtera), melindungi golongan rentan dan mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berkaitan kes jangkitan saluran pernafasan termasuk COVID-19 di sumber yang boleh dipercayai.

“Dengan komitmen daripada semua lapisan masyarakat, situasi COVID-19 di negara ini akan kekal terkawal,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan