Search
Close this search box.
Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu COVID-19 JN.1. Foto Envato

Kemboja lapor 4 kes baharu varian JN.1

ByBernama

PHNOM PENH, 29 Dis: Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu COVID-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

“Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Dis mengesahkan empat orang didapati positif COVID-19 varian JN.1

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Varian COVID-19 JN.1 telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “varian mempunyai kepentingan” bukan “varian yang membimbangkan”.

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap “berisiko rendah” untuk kesihatan awam, menurut WHO. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan