Search
Close this search box.
Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut. Foto hiasan Bernama

Belian bersih pelabur asing melonjak kepada RM524.9 juta bagi minggu pertama 2024 – MIDF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, apabila belian bersih mereka meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM524.9 juta pada minggu dagangan pertama 2024 daripada RM165.3 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan aliran masuk asing bersih direkodkan setiap hari dagangan minggu lepas, kecuali Selasa yang menyaksikan jualan asing bersih berjumlah -RM23.3 juta.

Aliran keluar tertinggi berlaku bagi Inari Amertron Bhd (-RM13.6 juta), My E.G. Services Bhd (-RM10.7 juta) dan Public Bank (-RM7.9 juta).

Menerusi laporan aliran dana mingguan yang diterbitkan pada Isnin, bank pelaburan itu menambah bahawa sektor utiliti merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi iaitu RM208.9 juta, diikuti perkhidmatan kewangan (RM156 juta) dan hartanah (RM126.9 juta).

Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah teknologi (-RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM64 juta), serta telekomunikasi dan media (-RM16 juta), menurutnya.

Institusi tempatan terus menjadi penjual bersih bagi minggu ketiga berturut-turut dengan -RM141.6 juta.

Mengikut sektor, perkhidmatan kewangan mengalami aliran keluar bersih tertinggi daripada kategori pelabur itu, dengan jumlah -RM139.7 juta, jelasnya.

Peruncit tempatan juga berubah menjadi penjual bersih ekuiti domestik dengan -RM383.3 juta.

Dari segi penyertaan, penyelidikan MIDF mendapati terdapat peningkatan ketara dari segi jumlah dagangan harian purata (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan (+44.8 peratus), institusi tempatan (+22.6 peratus), dan pelabur asing (+50.8 peratus). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan