Search
Close this search box.
Dato Sri Mohd Naroden Majais bersama para peserta pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Peniagaan Digital di Kuching, hari ini.

Perluaskan pasaran, kuasai kemahiran perniagaan dalam talian

KUCHING, 10 Jan: Peluang untuk meluaskan pasaran produk tempatan kini lebih cerah dengan adanya telefon pintar dilengkapi internet.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata permintaan terhadap produk dalam talian bertambah apabila penduduk dunia meningkat.

“Keperluan mereka pasti juga akan meningkat maka ia harus dilihat sebagai peluang bagi kita memenuhi keperluan mereka yang semakin hari semakin meningkat menerusi penggunaan digital,” katanya pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Peniagaan Digital anjuran Yayasan Telekom Malaysia (TM) & TM di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, penggunaan telefon pintar dan internet pada masa kini bukan sekadar untuk berkomunikasi tetapi merupakan sebahagian dari kehidupan seharian, justeru ia merupaka medium terbaik untuk mengiklankan produk.

“Penggunaan internet adalah cepat, murah, mudah serta boleh menghantar gambar dan video,” jelasnya.

Jelas Naroden, industri kecil sederhana (IKS) memain peranan yang amat penting dalam ekonomi, sebab itulah IKS harus proaktif dan bijak dalam mencari peluang peniagaan.

Pelbagai bantuan disediakan oleh IKS menerusi Go Digital, kursus percuma, USTEV dan GERAK, SPIKS, SKMS, SEDC, TEKUN dan sebagainya termasuk skim pembiayaan geran dan pinjaman mudah Prihatan Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan