Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, hari ini. Foto TVS

Mahu lahirkan 475 jurutera cip, belia Sarawak boleh jadi pemain global – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Jan: Sarawak berhasrat melahirkan 475 orang jurutera untuk membangunkan industri mereka bentuk cip yang sesuai seiring sasaran kerajaan negeri mahu memiliki seramai 500 jurutera tempatan dalam bidang berkenaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ketika ini Sarawak hanya memiliki kepakaran seramai 25 orang jurutera bagi menghasilkan cip menerusi Sarawak Microelectronics Design Semiconductor Sdn Bhd (SMD) anak syarikat milik penuh Sarawak Research and Development Council (SRDC).

“Kita mahu golongan belia ini mengisi kepakaran untuk menjadi jurutera dalam penghasilan cip.

“Manalah tahu esok lusa kita berkehendakkan kapal terbang yang menggunakan cip,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung tawaran untuk belia di Sarawak pada Sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, pada Sabtu.

Bertepatan dengan hasrat berkenaan, beliau mendedahkan bahawa ramai anak Sarawak yang sebelum ini bekerja di luar Sarawak telah kembali menabur bakti di negeri ini berikutan menyaksikan keadaan ekonomi yang semakin mantap.

“Saya tubuhkan ART, ada anak Sarawak yang bekerja untuk LRT di Kuala Lumpur balik ke Sarawak,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau optimis dasar negeri ini akan setanding dengan perubahan yang berlaku di seluruh dunia.

“Belia kita boleh jadi pemain global pada masa akan datang,” kata beliau dalam nada yakin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan