Search
Close this search box.
Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan platform terbaik bagi pemimpin itu merungkai segala persoalan yang membelenggu rakyat selama ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi FOTO: TVS

Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak merungkai persoalan rakyat

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 Jan: Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan platform terbaik untuk pemimpin itu merungkai segala persoalan yang membelenggu rakyat selama ini. 

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia juga memberi peluang kepada Abang Johari untuk berkongsi pengalamannya sebagai Premier Sarawak sejak mengambil tampuk kepimpinan daripada bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarhan Pehin Sri Adenan Satem pada tujuh tahun yang lalu.

Inisiatif Abang Johari lonjak sektor pendidikan, manfaatkan belia Sarawak

“Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat dan mendengar sendiri penjelasan daripada Premier Sarawak dari mula hingga kini bagaimanakah kepimpinan beliau merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif sehinggakan Sarawak berjaya meraih hasil negeri sebanyak RM13 bilion pada tahun lalu.

“Pada masa sama, kita juga berpeluang untuk mendengar dan melihat langkah ke hadapan yang diambil Premier Sarawak serta strategi beliau dalam memastikan Sarawak menjadi pemain relevan di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menyaksikan Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier di sini pada Sabtu.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menyifatkan penganjuran Sesi Townhall itu juga adalah satu langkah yang terbaik dan tepat.

Terdahulu, sesi itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif  Media Studio Kudos serta pengacara televisyen, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar bersama penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian dan usahawan, Mona Abdul Manap.

Program yang berlangsung di Satok Ballroom, Hikmah Exchange dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk barisan Kabinet Kerajaan Sarawak, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan