Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam gambar kenangan bersama Ken Loh (berbaju coklat) dan Hoan Hee Huang (berkot hitam). Foto: TVS

Adakan pameran sempena peringati 25 tahun pemergian ibu, jadi kenyataan – Ken

KOTA SAMARAHAN, 19 Jan: Impian Ken Loh menjadi kenyataan selepas berjaya mengadakan pameran koleksi lukisan mendiang ibunya, Chong Liew Syn, sempena memperingati 25 tahun pemergian pengasas ‘Sarawak Fine Arts School’ itu.

Pameran bertajuk ‘Hidden Gems: The Life Works of Chong Liew Syn’ itu diadakan selama lapan minggu di Galeri Hoan, La Promenade Mall di sini.

Menurut Ken mempamerkan sebanyak 60 karya yang akan dijual dari harga RM 3,000 hingga RM 10,000 bergantung kepada medium, saiz dan usia.

Ken yang teruja berkongsi hasil karya ibunya termasuk beberapa peralatan lama seperti dulang cat, berus lukisan dan risalah pameran lukisan sedekad dahulu mendedahkan bahawa mendiang amat mencintai bidang seni lukis.

“Kami (sekeluarga) tidak tahu bagaimana untuk memulakan pameran ini sehingga 10 tahun lalu, pemilik galeri menghubungi kami dan mengatakan bagaimana jika kami membantu menguruskan (sejumlah) lukisan (milik mendiang) dengan mengadakan sebuah pameran?

“Pada waktu itu, galeri ini masih belum wujud. Hanya pada tahun 2021, Galeri Hoan diwujudkan dan mereka mengadakan beberapa pameran terdahulu sehinggalah Hoan (pemilik) galeri menghubungi saya semula dan mengatakan, sudah sampai masanya (untuk pameran karya mendiang),” katanya.

Ken berkata demikian ketika ditemui TVS selepas majlis perasmian pameran berkenaan pada Jumaat.

Mendiang Chong Liew Syn meninggal dunia pada tahun 1999 ketika berusia 50 tahun adalah merupakan pengasas pertama Sarawak Fine Arts School iaitu sekolah seni bertauliah kerajaan pertama di negeri ini.

Institusi beliau di Padungan Kuching telah berjaya menghasilkan ramai tokoh seni di Sarawak termasuk mereka yang kini terlibat dalam politik dalam Kerajaan Sarawak.

Antara pelajar mendiang adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian sendiri sewaktu beliau berada di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan