Search
Close this search box.
Tiga kes kematian rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak sejak awal tahun ini. Foto hiasan Envato

Rabies ragut tiga lagi nyawa sepanjang Januari

ByDayu Adruce

KUCHING, 26 Jan: Tiga kes kematian rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak dalam tempoh Januari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ooi Choo Huck berkata, kes pertama meninggal dunia pada 9 Januari, manakala kes kedua meninggal dunia pada 12 Januari dan kes ketiga meninggal dunia pada 20 Januari.

“Pesakit pertama merupakan seorang perempuan berumur 39 tahun yang tinggal di Daerah Kuching, manakala pesakit kedua merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun yang tinggal di Daerah Sebauh, Bintulu.

“Pesakit ketiga pula merupakan seorang lelaki berumur 42 tahun yang tinggal di Daerah Kuching,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Dengan pertambahan kes baru itu, kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 78 kes dengan 71 kematian.

Jelasnya, 38 kes daripada 78 kes tersebut disebabkan oleh anjing peliharaan yang bebas bercampur dengan haiwan liar, 20 kes disebabkan oleh anjing liar, lima disebabkan oleh kucing peliharaan yang bebas bercampur dengan haiwan liar, satu kes disebabkan oleh kucing liar, manakala 14 kes lagi tidak dapat dikenal pasti.

Susulan itu, Dr Choo Huck meminta orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan bagi megelak jangkitan rabies.

Beliau turut mengingatkan supaya segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan jika digigit atau dicakar, termasuk anjing dan kucing peliharaan sendiri.

“Vaksin anti-rabies boleh didapati di 190 Post-Bite Clinic di kemudahan kesihatan awam dan di 29 fasiliti swasta di seluruh negeri Sarawak,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan