Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama wakil penerima peruntukan untuk program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan usahawan luar bandar Sarawak. Foto KKDW

RM12.6 juta diperuntuk kepada 8,188 usahawan luar bandar Sarawak – TPM Ahmad Zahid

BySheera Abg Mansor

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan peruntukan berjumlah RM12.6 juta kepada 8,188 penerima menerusi program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan usahawan luar bandar di Sarawak di Program Mini Karnival Usahawan Desa@Kota Samarahan, hari ini.

Peruntukan berkenaan merangkumi Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) Tahun 2024 kepada 39 penerima berjumlah RM6.5 juta menerusi Majlis Amanah Rakyat, MARA Program Keusahawanan Negeri Sarawak Tahun 2024 dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, RISDA kepada 537 penerima berjumlah RM3,832,500.

KKDW peruntuk 12.6 juta untuk usahawan luar bandar Sarawak | TVS

Seterusnya, turut tersenarai adalah Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS Negeri Sarawak melalui Program Pembangunan Komuniti dan Kemahiran kepada 7,606 penerima berjumlah RM1.4 juta; dan Bahagian Usahawan Desa, KKDW menyalurkan pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada enam penerima berjumlah RM889,000.

Bercakap berkaitan peruntukan berkenaan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berharap jalinan kerjasama yang baik akan terus terjalin antara kementeriannya dan Kerajaan Sarawak terutamanya daripada kementerian-kementerian yang berkaitan dengan industri pembangunan desa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa@Kota Samarahan pada Jumaat. Foto KKDW

“Dan untuk itu kita boleh melakukan sesuatu dengan cukup baik dimana secara kebetulan saya juga ialah Pengerusi Majlis Usahawan Malaysia dan Majlis Halal Malaysia.

“Kita lakukan penyatuan integrasi antara majlis usahawan dan juga usahawan dalam industri halal ini supaya kita dapat mencipta produk-produk yang mempunyai piawaian diperingkat antarabangsa melalui pameran-pameran yang dianjurkan oleh KKDW dan juga MARA serta lain-lain agensi terutamanya apabila kita menyertai MIHAS umpamanya supaya produk-produk daripada Sarawak ini dapat diketengahkan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan keyakinannya terhadap produk-produk Sarawak yang unik yang tidak dikeluarkan di mana-mana negeri lain di Malaysia.

“Dan saya insha-Allah berjanji dengan rakan-rakan saya, supaya kita memasarkan produk-produk unik Sarawak ini untuk berada dipasaran antarabangsa,” katanya pada Jumaat.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan berjumlah lebih RM200 juta bagi memastikan pembangunan keusahawanan desa seiring dengan dasar yang telah ditetapkan.

Menurut beliau kementeriannya optimis melipatgandakan usaha untuk membantu usahawan meningkatkan kualiti produk dan prestasi jualan agar usahawan desa di bawah kategori PICO yang berniaga bagi tujuan sara diri sahaja boleh beralih kepada kategori MIKRO dengan jualan tahunan boleh mencapai sehingga RM300,000 setahun.

Mini Karnival Usahawan Desa@Kota Samarahan di Halaman Samarahan dijangka dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung dengan sasaran transaksi jualan berjumlah RM300,000 sepanjang empat hari penganjurannya bermula semalam, 1 hingga 4 Februari ini.

Lebih 100 usahawan luar bandar terlibat yang terdiri daripada kategori makanan dan minuman, pakaian, kecantikan dan kesihatan, kraftangan dan produk pertanian.

Mini KUD@Kota Samarahan juga menghidangkan pameran KKDW dan agensi yang memfokuskan kepada keusahawanan, pendidikan, TVET@KKDW dan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan