Search
Close this search box.
Peniaga vape atau rokok elektronik yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri. Foto hiasan Envato

Ibu bapa harus waspada, peka bahaya ‘Energy Stick’ terhadap anak-anak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Feb: Golongan ibu bapa digesa berwaspada serta peka memantau aktiviti terhadap trend semasa anak-anak berhubung penggunaan ‘Energy Stick’ yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr. Helmy Hazmi mendedahkan peranti yang menyerupai peralatan rokok elektrik akan melatih golongan itu menormakan memegang ‘vape’ di tangan mereka demi seiring dengan keadaan semasa.

“Tambahan pula, peranti sedut dipakej dengan begitu menarik sekali menggambarkan gaya hidup yang kontemporari dan terkini.

“Dengan ‘tagline’ seperti – sedut dulu sebelum pergi ke sekolah…justeru itu kita mempersoalkan niat dan tujuannya seolah kita dapat menghidu sesuatu yang licik di sebalik taktik pemasaran ini,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu Dr. Helmy berkata sekiranya peranti ‘energy stick’ disedut secara berlebihan ia boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

“Seperti gangguan pada hidung dan tekak iaitu menyebabkan batuk dan kesesakan, sawan dan kekeliruan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Helmy menasihatkan orang ramai terutamanya golongan pelajar sekolah untuk bijak menilai baik buruk sesuatu trend semasa sebelum mengikutinya.

“Mengapa anda ingin mengambil risiko memasukkan bahan kimia ke dalam badan anda bila tidak perlu? Ibu bapa perlu menyedari trend semasa dan memberi nasihat sewajarnya apabila anda merasakan sesuatu itu tidak kena,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan