Search
Close this search box.
ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon hadir Majlis Pertabalan dan Kesyukuran Paren Lebu’ Uma Kelep di Belaga, di sini hari ini. Foto, TVS.

Beri sokongan kepada pemimpin kampung yang dilantik – Kennedy Chukpai

ByConnie Grace

BELAGA, 11 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon menyeru masyarakat di Belaga untuk menyokong pemimpin rumah panjang atau ketua kampung demi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati masyarakat di kawasan ini.

Kennedy Chukpai berkata, rakyat juga perlu berganding bahu untuk menyokong segala usaha yang diambil oleh pemimpin rumah panjang memajukan kampung dalam suasana yang aman damai tanpa sebarang perbalahan.

“Ini demi memajukan kawasan kampung kita dalam suasana yang aman damai tanpa sebarang perbalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertabalan dan Kesyukuran Paren Lebu’ Uma Kelep di Belaga, di sini hari ini.

Sementara itu, Kennedy Chukpai turut menggesa kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya memberi perhatian terhadap usaha Ketua Kampung untuk mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk kampung.

Bagi menyokong aktiviti di kawasan ini, beliau telah menyumbang RM15,000 kepada Ahli  JKKK Uma Kelep. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan