Search
Close this search box.
Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini. Foto: Bomba

Dua remaja ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah panjang

BETONG, 11 Feb: Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin dan Afiq Aiman Mohd Adress, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa (Norman Syakimie) ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.

“Mangsa seterusnya (Afiq Aiman) ditemukan pada 6.44 petang dan disahkan meninggal dunia apabila Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, melakukan selaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dalam operasi pencarian selama 15 minit,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan berdasarkan maklumat orang awam yang berada di lokasi, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang berkenaan.

Panggilan diterima pada jam 3.53 petang tadi dan anggota BBP Betong digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi berakhir jam 7.04 malam. Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan