Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang hari ini meneruskan kunjungan ke rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediaman Temenggong Dato Vincent Lau di Sibu. Foto TVS.

Abang Johari teruskan kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Sibu

ByFebbright James

SIBU, 13 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang hari ini meneruskan kunjungan ke rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediaman Temenggong Dato Vincent Lau di sini.

Beliau tiba pada kira-kira 3 petang dan disambut oleh Vincent dan ahli keluarga.

Turut menyertai rombongan Premier ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek.

Terdahulu, Abang Johari dan isteri turut berkunjung ke rumah terbuka Pengarah Urusan Pansar Group Pemanca Datuk Jason Tai.

Manakala pada sebelah malam, Abang Johari dijadual akan mengiringi  Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Perhimpunan Tahunan Tahun Baru Cina Persatuan Cina Bersatu Sibu (UCA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment