Search
Close this search box.
Pasukan bomba Bintangor giat melaksanakan pelbagai kempen sebagai langkah pencegahan kebakaran. Foto BBP Bintangor.

Kebakaran rumah panjang di Bintangor catat kerugian RM7juta tahun lepas

BINTANGOR, 13 Feb: Insiden kebakaran membabitkan rumah panjang di daerah ini direkodkan mencatat angka kerugian terbesar pada tahun lepas iaitu berjumlah lebih RM7 juta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, rekod berkenaan dari Januari hingga Disember dengan melibatkan tiga buah rumah panjang masing-masing di Bintangor, Pakan dan Julau.

Menurutnya, jumlah kerugian terbesar melibatkan sebuah rumah panjang di Bintangor iaitu mencecah RM3 juta.

“Secara keseluruhan, daerah ini mencatatkan kerugian sebanyak rm 7.1 juta sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lalu. Bagi kita ini angka ini cukup besar bagi sebuah daerah seperti Bintangor.

“Sebahagian besar kes membabitkan kebakaran rumah panjang, rumah pekerja dan kenderaan namun, dalam tempoh itu tiada laporan kemalangan jiwa atau kehilangan nyawa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan seluruh warga Bintangor agar sentiasa berwaspada bagi memastikan kejadian seperti ini tidak terus berulang terutama menjelang musim panas tidak lama lagi.

Menurut Nicholas, litar pintas dan kecuaian dikenal pasti sebagai penyebab utama berlakunya tragedi tersebut.

Sehubungan itu katanya, pihak bomba akan terus mempergiatkan kempen kesedaran pencegahan bagi mencapai sasaran kebakaran sifar tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan