Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Persatuan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak (DVSS) akan mengadakan vaksin anti-rabies percuma di Dewan Masyarakat MBKS pada 28 April 2024. Foto hiasan Envato

Langkah berjaga, beri kucing peliharaan suntikan rabies

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Feb: Pemilik kucing dinasihatkan agar memberi suntikan rabies kepada haiwan peliharaan mereka itu sebagai langkah pencegahan bagi mengelak daripada dijangkiti wabak berkenaan.

Meskipun kata Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak (DVS), Datu Dr Adrian Susin, pihaknya belum mempunyai perancangan untuk mewajibkan suntikan vaksin rabies kepada haiwan peliharaan lain, selain anjing.

Kucing peliharaan perlu diberi suntikan vaksin rabies | TVS

“Setakat ini arahan vaksinasi di bawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 hanya diwajibkan bagi anjing untuk mengelak jangkitan bawaan haiwan itu.

“Tetapi, pemilik kucing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin lebih-lebih lagi jika dibebaskan merayau kerana mereka juga boleh dijangkiti sekiranya digigit,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Tambah beliau, pemilik kucing boleh membawa haiwan peliharaan untuk vaksinasi ke klinik veterinari swasta sambil meyakinkan bahawa jumlah vaksin di klinik swasta adalah mencukupi.

Dalam satu hantaran yang tular menerusi aplikasi Whatsapp hari ini menyatakan Pejabat Kesihatan memaklumkan terdapat kes rabies yang menjangkiti kucing di beberapa kawasan sekitar Kuching.

Hantaran itu juga menasihatkan orang ramai agar menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terjumpa anjing liar disyaki dijangkiti wabak rabies. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan