Search
Close this search box.
Mohd Razif menunjukkan cara untuk melihat lukisan penduduk kampung yang dihasilkan secara 3D oleh pelajar UiTM. Foto, TVS.

Pelajar UiTM Cawangan Sarawak didik penduduk kampung guna bahan terbuang

KOTA SAMARAHAN, 18 Feb: Penggunaan bahan terbuang oleh pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah memberikan impak kepada penduduk Samarahan.

Pensyarah Kanan program Seni Halus, Mohd. Razif Rathi berkata, ini kerana penduduk di empat buah kampung di Samarahan diberi peluang menyertai enam siri bengkel yang bermula sejak Ogos tahun lalu di kampus UiTM Kota Samarahan.

Kata beliau, mereka diberi penerangan mengenai konsep 3R iaitu mengurangkan (reduce), menggunakan (reuse) dan mengitar semula (recycle) bahan terbuang seperti plastik, botol, fabrik dan kertas.

“Penduduk kampung turut diterapkan dengan konsep mengimaginasi di mana bahan tersebut dimanipulasi menerusi beberapa teknik seperti digital, percetakan, lukisan yang dapat dilihat pada arca yang dinamakan Pokok Kehidupan.

“Komuniti terlibat menghasilkan isi dalam arca dan selebihnya dilakukan oleh pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas perasmian Pameran Re-imagine Student X Community, a co-creatin installation sculptyre di sebuah pusat membeli – belah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UiTM Cawangan Sarawak Prof Madya Ts Dr Mohammad Isa Mohamadin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan