Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Pembukaan Hotel Sheraton Kuching malam tadi. Foto Adlina Rahman (TVS)

Sarawak mahu buka laluan baharu Kuching – Pulau Jeju

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 Feb: Sarawak mahu membuka laluan baharu yang bakal menghubungkan Kuching dengan Pulau Jeju di Korea Selatan menerusi syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembukaan laluan baharu tersebut mampu memberi ruang bagi pengunjung dari Korea Selatan untuk meneroka Kuching, sekali gus melonjakkan lagi sektor pelancongan Sarawak.

“Salah satu kawasan yang menjadi fokus Sarawak adalah Pulau Jeju di Korea Selatan. Kita akan menghubungkan Kuching dengan Pulau Jeju. Supaya ketika musim sejuk, mereka boleh datang ke Kuching untuk menikmati Geopark kita.

“Oleh sebab itu, kita (Sarawak) memerlukan syarikat penerbangan. Sarawak boleh memiliki penerbangan terus, dari Korea ke Kuching, dari Jepun ke Kuching serta destinasi ASEAN yang lain,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Hotel Sheraton Kuching di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Sarawak telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke Geopark UNESCO Global Pulau Jeju dengan tujuan untuk mempelajari cara Korea Selatan menguruskan UNESCO Global Geoparks (UGGp) Pulau Jeju sebagai persiapan ke arah menjadikan Delta Sarawak diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO.

Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menyatakan Sarawak kagum dengan pencapaian Pulau Jeju yang telah mencapai ‘Triple Crown’ yang diidamkan oleh UNESCO iaitu Rizab Biosfera, Warisan Semula Jadi Dunia dan Geopark Global.

Selain itu, Abang Johari turut optimis bahawa Sarawak mampu menjadi destinasi pilihan di Malaysia menjelang 2030

“Percayalah, menjelang 2030, kita akan menjadi destinasi (pilihan) di Malaysia. Melalui semua ekosistem ini dan pelaburan strategik yang telah kami (Kerajaan Sarawak) guna pakai, untuk melonjakkan industri pelancongan Sarawak,” ujarnya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan