Search
Close this search box.
Kanak-kanak berdiri di sebelah dinding tumbang dengan lukisan mural di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah dalam pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Jumlah kanak-kanak dan wanita yang maut di Gaza enam kali ganda

ByBernama

ANKARA, 21 Feb: Jumlah wanita dan kanak-kanak yang maut di Gaza sejak 7 Oktober 2023 melebihi enam kali ganda berbanding mangsa yang terkorban dalam perang Rusia-Ukraine.

Agensi Anadolu telah merekodkan angka korban membabitkan orang awam dalam Perang Rusia-Ukraine sejak 24 Februari 2022 serta jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban dalam perang Israel di Gaza.

Israel tanpa henti mengebom Palestin yang didiami hampir 2.3 juta penduduk.

Serangan itu telah mengorbankan 29,410 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 12,660 kanak-kanak dan 8,570 wanita.

Selain itu, 69,465 yang lain cedera dengan lebih 70 peratus merupakan wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber Palestin, Israel telah menggunakan lebih 66,000 tan bahan letupan dalam serangan itu, dengan purata 183 tan bahan letupan bagi setiap kilometer persegi di Gaza.

Gaza musnah secara keseluruhan manakala 1.9 juta penduduknya hilang tempat tinggal.

Memetik Misi Pemantau Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRMMU) di Ukraine, seramai 10,378 orang awam termasuk 579 kanak-kanak dan 2,992 wanita terbunuh manakala 19,632 yang lain cedera sejak krisis Rusia-Ukraine tercetus awal 2022.

Sejumlah 8,095 kematian berlaku di wilayah Ukraine manakala 2,283 korban direkodkan di wilayah yang dikuasai Rusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan