Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis perasmian Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC2024). Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Polisi Kerajaan Sarawak seiring komitmen teknologi, peralihan tenaga lestari

PERALIHAN kepada tenaga bersih dan mampan memerlukan dasar yang menyokong serta pelaburan berterusan bagi menggalak pembangunan dan guna pakai teknologi yang menghasilkan tenaga lestari.

Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 yang melabuhkan tirainya semalam (27 Feb), menyaksikan pertukaran dapatan dan perbincanagan antara pemain industri dan sektor berkaitan menjadi tumpuan utama persidangan anjuran SEDC Energy (SEDCE) itu.

Polisi kerajaan perlu seiring komitmen peralihan tenaga | TVS

Sarawak ambil langkah berani

Dalam ucaptama pada pembukaan BETC 2024,

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui kos teknologi peralihan tenaga agak tinggi namun kerajaan negeri optimis mengorak langkah dalam bidang tersebut agar kos dapat diatasi seiring peredaran waktu dan kemajuan teknologi.

Premier berkata meskipun kos teknologi masih mahal, Kerajaan Sarawak mengambil langkah berani mengorak langkah dalam bidang tersebut agar kos dapat diatasi seiring peredaran waktu dan kemajuan teknologi.

“Walaupun kosnya tinggi, kita ambil risiko.

“Itulah sebabnya kerajaan mengambil langkah berani untuk menghasilkan hidrogen, kita mempunyai banyak cawangan yang menghasilkan hidrogen,” katanya di hadapan peserta yang terdiri daripada pemain-pemain industri yang menghadiri persidangan itu.

Pendapat senada disuarakan pemain industri pelaburan sambil mengakui bahawa kos teknologi tenaga baharu dapat dikurangkan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Ratings Berhad (MARC), Rajan Paramesran ketika ditemui TVS, di Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024, hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS)

“Tenaga hijau mungkin tidak menjana pendapatan serta-merta tetapi dalam jangka panjang, ia baik untuk alam sekitar dan mendatangkan penjimatan kos,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Ratings Berhad (MARC) Rajan Paramesran.

Polisi jelas, tingkat keyakinan pelabur

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak, Timothy Ong, memberitahu dasar yang telus dan ekosistem kewangan yang kondusif juga akan mendukung pembangunan tenaga hijau selain membawa masuk pelaburan untuk negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak Timothy Ong. Foto Awang Azmil (TVS).

“Jika pelabur tahu dasar kerajaan tidak telus, maka kredibiliti keseluruhan projek itu akan terjejas,” kata Timothy.

“Salah satu pertimbangan besar yang diperbualkan oleh semua orang adalah sejauh manakah sokongan daripada institusi kewangan di Malaysia untuk menyokong perkara ini?

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Rating Corperation (MARC), Datuk Jamaludin Nasir. Foto Douglas Elliot (TVS)

“Apabila ekosistem ini disokong, saya rasa agenda ini dapat diperkembangkan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan Sarawak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC, Datuk Jamaluddin Nasir, sambil menambah bahawa terdapat banyak peluang pelaburan yang akan datang.

Sinergi diperlukan untuk pelaburan dalam peralihan tenaga

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata usaha tersebut memerlukan sinergi daripada syarikat-syarikat besar untuk menampung pembiayaan ke arah peralihan tenaga.

“Sarawak mempunyai jalan penyelesaian untuk mengurangkan perubahan iklim kerana kita mempunyai penyelesaian berasaskan semula jadi dan juga teknikal.

“Saya ingin menekankan peranan penting sektor kewangan dalam menterjemahkan objektif kita untuk menjadi realiti,” jelas Dr Hazland lagi ketika berucap pada majlis penutupan BETC 2024.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024. Foto: Awang Azmil (TVS)

Terdahulu, persidangan dua hari tersebut turut menyaksikan simbolik pertukaran tiga dokumen penting antara SEDCE melalui Perjanjian Dasar Induk (HOA) bersama Gentari Sdn Bhd, Perjanjian Usahasama (JDA) bersama Samsung Engineering dan SEDCE bersama Sarawak Metro berkaitan pelan hidrogen Rembus.

BETC 2024 dianjurkan SEDCE bersama MARC diadakan pada 26 hingga 27 Februari lepas serta dijangka akan kembali untuk kali kedua pada 2026. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan