Search
Close this search box.
Suspek yang dipercayai menolak teman wanitanya dari sebuah kondominium di di Setia Alam, Shah Alam malam tadi ditahan di lokasi kejadian. Foto hiasan TVS

Wanita maut ditolak teman lelaki dari tingkat 23

ByBernama

SHAH ALAM, 29 Feb: Seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.02 malam dan menurut saksi kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berumur 37 tahun dengan wanita itu sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium terbabit.

Mohd Iqbal berkata siasatan mendapati mangsa ialah wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek iaitu lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam. Hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin melalui talian 012-2666025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan