Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mengadakan lawatan ke tapak Sungai Limbang Water Intake dan Loji Rawatan Air Berawan Limbang pada Selasa. Foto Julaihi Narawi (FB).

Kerajaan Sarawak atasi kadar kehilangan NRW di Limbang – Julaihi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Mac: Kerajaan Sarawak komited mengatasi kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW) yang tinggi bagi memastikan air terawat dapat disalurkan kepada masyarakat di Limbang tanpa pembaziran.

Bagaimanapun, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata usaha itu antara cabaran yang sulit dihadapi oleh LAKU MANAGEMENT Limbang.

“Selain itu, sumber air dan pembinaan loji rawatan air baharu adalah satu keperluan segera selain pemasangan saluran paip baharu dan gantian paip uzur dengan paip baharu di kawasan yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya.

Beliau berkata loji-loji rawatan air di Bahagian Limbang kini menghasilkan 87 juta liter air sehari berbanding permintaan terhadap air berjumlah 40 MLD di kawasan tersebut.

Terdahulu, Julaihi telah mengadakan lawatan kerja ke Limbang pada Selasa bagi meninjau Sungai Limbang Raw Water Intake@ Muka Sauk Air Mentah Sungai Limbang dan tapak Loji Rawatan Air Berawan Limbang.

Turut hadir Setiausaha Tetap kementeriannya, Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap, Syed Fauzi Sahab, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU MANAGEMENT, Daneil Punang, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Awang Fadillah Awg Reduan dan Pengurus Air LAKU Bahagian Limbang, Muries Lukong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan