Search
Close this search box.
Peluang yang setara bagi kaum Dayak yang berkelayakan merupakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan, kata Edwin Banta di Dewan Rakyat hari ini. Foto TVS.

Parlimen: Beri peluang setara kepada masyarakat Dayak terlibat dalam dasar kerajaan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Peluang setara bagi kaum Dayak yang berkelayakan merupakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan, kata Edwin Banta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, mereka juga perlu diberi peluang untuk terlibat dalam merangka dasar – dasar kerajaan.

“Mengambil contoh pengumuman oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru-baru ini semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di mana bantuan kepada Bumiputera menjadi fokus utama, adalah penting untuk mengakui bahawa masyarakat Dayak juga memerlukan perhatian khusus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Edwin berkata, menerusi perhatian khusus kepada masyarakat Dayak dalam rangkaian inisiatif bantuan Bumiputera, kerajaan akan memberi peluang yang lebih besar kepada mereka untuk berkembang dalam bidang perniagaan.

“(Malah mereka juga akan) menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan seimbang di Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa kementerian dan agensi terlibat supaya mempercepatkan pelaksanaan projek pembinaan loji air terawat dan penurapan jalan di kawasannya.

Katanya, projek berkenaan penting bagi memberi kemudahan lebih baik kepada rakyat setempat setelah dijanjikan pada 2016.

“Salah satu isu yang membimbangkan ialah kekurangan maklumat mengenai Loji Air Selangau yang melibatkan Loji Air Stapang dan Loji Air Sekuau.

“Selain itu, penurapan jalan raya di Nanga Kelebu ke Rumah Ado dan menaik taraf Jalan Kakus ke Long Biak juga sangat penting bagi meningkatkan ketersambungan masyarakat setempat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan